Thursday, December 24, 2009

Merry Christmas and Goodbye Penang

Esok 25hb
aku berangkat pergi tinggalkan Penang
aku ke Kuala Lumpur dan esok nya ke Melaka
hati?
sebak,sedih,terkilan
aku keliru
tinggalkan keluarga
tinggalkan kawan-kawan
tinggalkan orang tersayang
mereka semua di sini
tetapi aku tahu
aku pasti boleh
aku Dahlia Mazelan
aku kuat

tapi hati masih tak tenang
aku tak tahu kenapa
aku hanya boleh berdoa dalam solat aku
harap-harap
semuanya baik-baik
aku mahu semua tahu
aku tak akan lupa
aku tak akan
percayalah aku
aku tak tipu

*kalau boleh aku nak sedikit masa lagi di penang, boley?*

Wednesday, December 23, 2009

Chinese Guy

this is weird and cute at the same time
came a Chinese guy at my restaurant
he was selling this drinking water
oxygen drinks or something like that
then he saw me using P1.
he ask me bout P1 and i told me
then i let him talk with my mom
since i am not the boss

im back at my sit with lappy
then i overheard his conversation with my mum

Chinese guy: kalau saya mahu guna P1, boley la jumpa u punya anak?
My Mum: Haa..dia suda x juai ini P1..
Chinese Guy:* pandang aku, senyum*
Aku: *senyuk balik, with a lil bit muka pelik*

after a while
i saw him again
he walk towards me
and ask..

Chinese Guy: Apa nama boss u arr?
Aku: Mazelan.
Chinese Guy: oww..Ma Ze Lan arr?
Aku: ahaa..Mazelan..
Chinese Guy: *ingin berlalu pergi tetapi patah balik*
dan dia cakap
Chinese Guy: you bayak cantik oww..
Aku: ha? hahaah! *senyum malu2*
Chinese Guy: betul laa..cantik betul..
Aku: *terdiam sekejap. dan senyum*
Chinese Guy: barapa umur you?
Aku: i baru 18..
Chinese Guy: banyak muda lagi,muda lg..
Aku: Yea..muda lagi.*senyum*
Chinese Guy: Cantik*kemudian senyum dan pergi ke keretanya*

Tak pernah ada orang yang begitu berani cakap begitu dekat aku
sumpah terharu
Chinese Guy itu comel
ibu aku cakap dia comel gila.
minat kat hang(aku)..habis la esok mesti dia mai lagi.

Tuesday, December 22, 2009

Tak Kenal Siapa Aku

*aku pemalu sebenarnya*

Ada orang cakap dengan aku
dia kenal aku
dalam dan luar
aku hairan seketika
tak mungkin aku fikir
kerana aku juga kadang-kadang
tak kenal siapa aku
tak mungkin dia kenal aku

aku?
pemalu sebenarnya
aku?
tak bising sebenarnya
tetapi kadang-kadang
aku jadi orang lain
bising,tak pemalu
kenapa?
aku sendiri tak tahu
mungkin kerana aku
masih mencari diri yang sebenar
:)

Be Yourself Because Everyone Else Is Already Taken- Oscan Wilde

Thursday, December 17, 2009

Pada suatu ketika

*masa ini aku perasan aku artis*

dahulu aku, tak tahu apa itu apa ini
dahulu aku, suka main dan berlari
dahulu, aku tak tahu apa itu kehidupan
dahulu aku hanya seorang anak kecil yang ceria,senyum gembira
dahulu aku hanya nangis bila aku rasa sakit fizikal

banyak yang sudah berubah
aku bukan yang dahulu
aku tahu sedikit sebanyak tentang kehidupan
aku belajar dari kesilapan
aku turut rasa sakit yang bukan fizikal
dan aku belajar menjadi insan yang lebih baik setiap hari
aku masih rasa aku ada kekurangan
tetapi aku manusia
tak lari dah kesilapan
jikalau aku buat sesuatu yang salah
harap tegur-tegurkan lah aku
aku hanya manusia
tak lari dari dosa
aku mahu terus ceria,senyum, gembira
seperti dahulu

*aku rindu zaman aku muda*
:)

Wednesday, December 16, 2009

Bahasa Mata

*mata aku juling air*

jika kau dapat baca bahasa mata aku
kau akan tahu segala
semua rahsia aku
cerita aku
kau akan tahu
bahasa mata tak pernah bohong
tak pernah
walau sekali

Monday, December 14, 2009

jemu

mata tak pernah jemu berkelip
jantung tak pernah jemu berdegup
paru-paru tak pernah jemu menghirup udara
telinga tak pernah jemu mendengar
rambut tak pernah jemu tumbuh
kuku tak pernah jemu tumbuh
darah tak pernah jemu mengalir
tetapi apabila ia mula jemu?
mati

seperti cinta
jika sudah jemu
ia mati

Ps: mungkin kita tak nampak, tetapi kita dapat rasa.


Kosong

entah kenapa hari ini
aku rasa kosong
segala yang aku buat
aku rasa kosong
aku harap kan yang lebih
tetapi aku tak dapat apa-apa
kadang kadang rasa diri ini terlalu kecil
apa yang dikeluarkan dari mulut
semua tak bermakna di telinga mereka
aku?
harap kan lebih
dah pulangannya? kosong
lebih baik aku simpan hasrat ini
supaya hati ini tak kecewa atau sakit lagi
betul?
aku mungkin nampak gembira
tetapi sekarang?
aku pudar kembali
kenapa?
aku tak tahu
tolong seri kan aku semua
*lihat aku? mengharap lagi*
bodohnya diri ini

One night Karaoke (all out)

bagi sesiapa yang kenal aku
mesti jaw drop kan?
malam ini tercipta sebab aku boring
tunggu modem ibu guna
so
aku ternampak dvd karaoke 50's and 60's
aku tengok
ada lagu killing me softly
close to you and few other song yang aku boleh nyanyi
terus capai dvd n mic
aku set kan stereo

tiba-tiba adik aku masuk bilik
dia tengok aku dengan muka pelik

Iskandar: Kak Alia buat apa?
Aku: nak hilangkan boring.
Iskandar: Kak Alia suka perasan la..*terus duduk atas katil*
Aku: nak tengok ke?
Iskandar: *diam je*

aku terus tak peduli dan nyanyi
bagi aku, suara aku sedap la..
*sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri*
lepas itu lagu bee gees-staying alive
aku tengok adik aku

Aku: lets duet?
Iskandar:jom!

well that song was so super fast!
i cant catch up! huhu
bla bla bla bla bla staying alive! staying alive!
*adik aku pandai jugak catch up*
ciss

so yeah after 2 dvd
aku jadi Rihanna, Colbie, Avril, Beyonce, Carpenter, *the list go on and on*
aku hilang suara
kenapa? nyanyi macam tak ingat dunia
nasib papa tak ada rumah
kalau tak mesti dia cakap
"Dahlia nih malam2 pun bising lagi ka? Papa nak tidur la.."
:)

Sunday, December 13, 2009

Everything NEW!!

Loading~~

since i always wanted a new life.
well,in two weeks everything gonna be new for sure!
*two weeks is like 2 days for me*

i cut my hair.
well not actually CUT
but just cut 1 inch of my hair tip
since my hair HAD lots of split ends
*takut potong rambut*

so now
new hair
new Other Half
new friends
new Dahlia
but
i never gonna forget
Old Friends
old life
old me
old you
*ok dah start merapu*

ps: gonna be missing everything OLD :)

Saturday, December 12, 2009

Kawaii!!!!



comel yang amat!!
ada gaya rockstar la!

*tengok masa mula2, dia headbanging!*

Babies?

Merujuk kepada tajuk di atas
mungkin orang cakap aku gila
tetapi tidak
aku masih waras
aku sekarang Obsessed dengan Babies!
~ulang suara~
BABIES!

:)

terutama Baby Boy!
haha!
ok mungkin aku sedikit tidak waras
baru-baru ini
cousin aku datang membawa baby boy nya
*alamak*
aku dah mula cair
entah kenapa aku memang suka budak-budak
nama baby itu, Asfar.

Comel
Kecil
Sangat lembut
aku takut nak pegang
takut apa-apa terjadi
anak orang
bukan anak aku
tetapi
mak dia suh aku pegang
dia ada hal apa tah
aku pun tanpa segan dan silu
terus peluk erat baby itu

*hati aku geram mcm nak gigit2 je bdk nih*

matanya bulat
kaki nya kecil
tangannya gengam jari aku
aku pun seperti ada banyak pengalaman
dodoi kan baby
*jangan gelak*
aku ada sifat keibuan
perempuan :)

dia tidur atas aku
masa itu seperti terhenti
hanya ada aku dah dia
comel sungguh baby itu
tiba-tiba ibu nak pegang
dia terjaga
ibu pun sama la macam aku
geram kat baby-baby nih
tiba-tiba ibu aku berkata-kata

Ibu: bila la anak ibu nak bagi ibu cucu? *senyum sinis*
Aku: *muka cuak kejap* haha.Suruh la Sue kawin.
*Sue, kakak aku*
Ibu: ibu cakap kat hampa dua laa
Aku: *senyum pelik* tak sempat kot ibu, 2012 kan depa ckp nak kiamat.
*aku main-main*
terus beredar dari tempat kejadian

*ibu pernah suruh kami cari suami mat saleh*

dia ckp nanti anak mesti comel-comel
nadi bagi this blog

http://kelleyryden.com/blog/
cuteness!

Ps: aku rasa kalau orang bagi aku baby lagi pasnih, aku tak lepas dah kot


Thursday, December 10, 2009

Aku di Tag?

Lea Jamal ni tag aku
aku buat untuk dia :)

Name three ringtones you have used as your:

General Ringtone:
Soko-Shitty Day
One Buck Short- kelibat korupsi
Rihanna-Sell Me Candy
*memory card aku rosak so ini je la termampu*

Family Ringtone:
Couple-Come Back Again
*dari dlu*
*entah kenapa*

Friends Ringtone:
apa arr?? tak ingat! sama kot with General Ringtone!
*yela sama*

SMS Alert:
Passion - Lemonade (Girl Version)
Zee Avi-Kantoi
Power Ranger Tone
*kenapa? entah?*

Alarm:
Santana feat Michelle Branch- game of love
*kan aku bagi tahu, memory card aku x ley guna so yang ada ini ja*

aku tak nak tag sapa-sapa
sebab aku tahu, orang yang aku tag malas
haha!

*ps: i miss my mr.perfume la..*

Wednesday, December 09, 2009

D.O.M.E

~DOME~

tahu apa?
tempat makan dan minum itu
aku dan family aku jalan-jalan kat Queensbay
Uncle La dan Aunty Linda
Abg Erry dan Kak Ella
kami tunggu papa
*papa aku suka jalan merata-rata lepas tu dia call cakap dia tak tahu dia kat mana*

Uncle La dan adik aku berbual-bual.
aku terdengar

Uncle La: Tahu tak DOME tu maksud dia apa?
Iskandar: Tak. Apa dia Uncle?
Uncle la: Haa..D is for Dirty
Iskandar: ok.
Uncle La: O is for Old.
Iskandar: ok..M and E?
Uncle La: :)
Iskandar: oww..Dirty Old Me?
Aku: hahaha!

Uncle La popular with his jokes!
i love my Family to0 much!

Handphone?

*muka aku rimas dengan so-called handphone*

aku dah tak tahu apa kena dengan handphone aku
calar-balar
patah-patah
koyak-rabak
line?
sama kot dengan line internet aku
hati aku?
maki-maki
tapi aku tahu
sekuat mana aku maki
tetap tak ubah
dia mcm itu jugak
betul?
aku nak Blackberry!
sapa murah hati nak bagi free?
aku serious
tak main-main
:)

ps: aku tak potong pendek rambut aku, aku ikat je tuu..

Tuesday, December 08, 2009

831

tahu apa maksud dia?
831
bermaksud

~I LOVE YOU~

8-ialah bilangan huruf
3-ialah bilangan perkataan
1- ialah maksudnya

selama ini aku tak suka ily or apa2 bekaitan dgn itu
tapi num ini
aku rasa terharu
terutama 1 maksud itu
so?
831 people!

Saturday, December 05, 2009

adik aku yang rasa dirinya abang aku

*adik aku yang satu*

aku sayang adik aku
sapa yang tak tahu?
setiap pagi aku bangun tidur
aku gerak adik aku
aku cuim dahi dia, sebelum aku mandi
aku tahu adik aku sayang jugak dekat aku
cuma dia ada masalah dengan emosi
tetapi aku dan dia
walaupun saling bergusti
aku tahu
last-last
dia akan peluk aku
walau tak mintak maaf
aku tahu
Ahmad Iskandar bin Mazelan
adik aku yang aku panggil abang
:)

Thursday, December 03, 2009

New Moon -The other version-

New Moon
well everyone know that Bella, will do anything to make sure Edward is there for her.
ride the motorbike, jump down the cliff, and do stupid stuff like ride a motorbike with a stranger..
just because she wanted Edward to be there with her.
*mcm superman, always there to save his women*
back to New Moon,
Bella love Edward like so much,
and willing to do anything
ANYTHING for Edward

But Jacob?
well after using him as a replacement of Edward for a few..MONTH!
Bella and Edward are back together and poor Jacob.
The sweet,hot,cute Jacob..
he loves Bella..but Bella? using him like that? how stupid are you Bella.
but love is blind right?
so i cant comment about that..

But the Other version i was talking about is this one,
Bella decided to choose Jacob.
whatever happens,
She gonna choose Jacob
because Edward,
hurt her so deep.
left her hopeless,
weak,
cant eat,
sleep,
or even think.
so now..
Bella? dont even think about Edward!
Jacob is all Bella need..
:)

Monday, November 30, 2009

Toll Guy

*aku gelak kan si toll guy*

aku tengok new moon dengan family
papa come and pick us up lepas tu
papa tak pergi..penat katanya
so on the way balik,
lalu la kat this toll
~the 50cent toll~
so papa paid RM1
and this guy suppose to give back 5o cents back
he did
but he forgets to open the gate..
because he is busy smiling at me
hahaha!!
well i smiled back of cause..
the cute face,smile..
telling me that i need too smile again..
be the old me
:)
this time, my smile is not a fake smile

Sunday, November 29, 2009

Bezanya lelaki dan perempuan

*a fake smile wont hurt*

lelaki..
mereka kata mereka simple..
tetapi sebenarnya tidak.
mereka lagi susah dijangka..
bila mereka berkata-kata, si hawa jatuh cinta..
tetapi, maksud mereka tak seperti apa yang si hawa faham.
betul?

"i love you"

bagi si hawa, "aku cinta kau"
bagi si adam, "aku sayang kau"

lelaki?
amat complicated
aku cakap kerana aku tahu
mereka cakap perempuan susah.
tak.
kami senang.
we just need love and attention.
but guys?
i don't even know apa depa nak kan..
you tell me..

*ugly truth memang best tapi apa yang dicakapkan kadang-kadang betul

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari ini bertemu lagi..
takbir raya kedengaran..
hati sebak,sayu..
lagi sekali aku rindu dia.
Moga-moga dia baik-baik di sana.
Korban kan apa sahaja, asalkan untuk yang terbaik..
moga-moga diberkati Allah SWT
:)

*Grampa? i miss u my hero :(

Wednesday, November 25, 2009

"You Are My Other Half"

setiap kali aku rasa aku boleh bernafas..aku kembali lemas
setiap kali aku rasa kuat..aku kembali lemah

aku terbaca satu blog yang buatkan aku rasa benci,cemburu,bodoh,rindu
segala perasaan di campur adukkan..

"you are my other half"

kerana ayat ini..
5 perkataan nih..
air mata tak dapat berhenti.
seperti kaca kaca jatuh ke muka bumi
aku sekarang yang tiada other half aku
aku rasa diri ini cacat..
hidup dengan satu kaki,satu tangan,satu mata,satu segalanya dan mungkin setengah selebihnya..
seperti dipotong cantik diri nih..betul2 di tengah.
tiada lebih di mana-mana.

"other half"

buat aku senyum sambil menangis.
aku rasa bodoh sekali..
malam ini yang aku rasakan aku dapat lupakan..
aku gagal lagi..
geram dengan diri..
kecewa..amat kecewa..
aku tak boleh menipu diri aku lagi..
aku yang rasa aku bahagia, berubah sedih sekelip mata..
mungkin kerana period kot..alasan aku berikan.
:)
senyuman dapat aku berikan..
ikhlas atau tak..
kau tak dapat beza.

ps: Adil cakap bila malam sebelum tidur, kita teringat mereka.

tetapi adakah mereka ingat kita? aku pasti dengan jawapannya.

sila abaikan apa yang ditulis, aku hanya ingin luahkan perasaan.

Monday, November 23, 2009

aku? tak sehat!

this is like the 7th day aku tak dapat makan..
kalau makan, end up muntah balik..
kenapa? aku tak pasti..
food poisoning kata nya..
tetapi aku hairan..selalunya food poisoning tak la sampai seminggu kan?
dah la food poisoning! Demam plak dah! pastu period pain!! 3 in 1!!!
aduhai!!! masalah betul!
all i can do now is drink!
minum la horlicks! sebab aku tak minum milo!
dah la dengan sejuk,demam,rambut pun tak shampoo brapa hari dahh..
aku almost tak dapat lihat diri dalam cermin, kerana nampak amatnya pelik.
ok..aku rasa ingin muntah lagi..bye!

Wednesday, November 18, 2009

nothing to type


this is taken with my lil bro HP..
not so high quality
and this is me and family
waiting for my dad.
in the car
last sunday
oww..saya ada pause sekejap kerana ada org gila datang.
aku takut dengar org gila..
oww..yeah saya buncit dan gedik.
:)

senyuman tak semestinya ikhlas

hari ini, 18hb 12 2009
aku rasa diri aku kosong.
aku tak dapat tidur lena.
setiap jam aku terjaga, terkejut.
padahal mimpi apa pun tidak..
cuma hati aku tak tenang.
jantung aku berdegup laju tanpa sebab.
aku takut jugak.
tangan aku terketar-ketar tanpa sebab.

adik ku? selamat hari lahir..ibu cakap "tak nak buat video kat iskandar?"
aku hanya diam.tak dapat berkata-kata.ibu perli aku pulak.
aku dah mintak permission kat ibu.
aku nak jumpa sue..
ibu bagi aku pergi.
tapi aku kasihan ibu pula..
kerja di restaurant banyak.
papa pun nampak penat je..
patut ke?
ermm.tak apa..mungkin nanti la..aku di penang pun tak lama..
aku masih keliru.tak dapat berfikir..
kenapa semua nih terjadi sekarang..aku rimas.aku takut.aku marah.aku sedih.aku mcm org gila sekarang.nanti tiba-tiba org dapat berita Dahlia masuk wad org gila..haha! hebat mcm dalam novel cerita aku nih..
ehh? aku merapu.sekarang aku fokus kat UiTM tu..barang yang nak dibeli semua.
ermm,sapa nak teman aku nih? tak apa..pergi je sorang.:)
medical check up lagi.
aduhai..banyak cerita!
Dahlia? kuat Dahlia!!

Monday, November 16, 2009

maaf

siapa yang baca blog aku yg aku buang kerana aku rasa aku tak patut bt demikian..
maaf sekali lagi..aku terlalu mengikit perasaan..
kepada semua? blog ini mungki akan tiada new post for a few days..atau weeks..
aku ingin berehat sebentar..
ye..aku dapat UiTM melaka..
27hb 12 2009 aku bakal berangkat!
:)
aku tahu aku need to start a new life di sana..
dengan family aku begini..
hidup aku begini..
aku perlu pergi jauh..
kakak suruh aku tinggal dengan dia..
mungkin aku akan ke sana..
mungkin..
tenang kan fikiran..
aku perlu kakak aku masa-masa bergini..
dan apa yang berlaku bagi aku adalah dugaan Allah berikan..
aku masih besyukur kerana aku masih ada bersama keluarga dah kawan-kawan aku..
nadia? dia banyak mendengar..dan nasihat.
aku mungkin tak cerita tentang masalah family aku di sini..
aku nak new life..ini maksud aku..
aku nak keluarga yg happy..
bukan sebegini.
aku dapat UiTM.dari situ aku akan mula hidup aku..
ramai salah anggap..
maaf kerana buat sebegitu..
aku tak beritahu yang betul.

Dahlia masih Dahlia yang dulu..blog ini masih akan seperti dahulu..
all i need is time..
baby steps? ermm..i nak terus lari!

Wednesday, November 11, 2009

Jalan di waktu Hujan Renyai

*ini la muka aku bila tiada perasaan,KOSONG.*

aku baru sudah keluar berjalan.
jalan di dalam hujan renyai
jalannya basah
awannya mendung
terasa angin tiup bersahaja
aku jalan tenangkan fikiran yang sedang kusut
kusut dan makin kusut
aku mahu lupakan segalanya
aku mahu hidup aku yang lama
lama tertapi terbaik bagi aku
bagusnya jikalau aku boleh hentikan masa
aku mahu segalanya berhenti
sunyi dan sepi
aku mahu perasaan itu
aku mungkin nampak bahagia.
tetapi hanya Tuhan tahu segalanya
berikan aku kekuatan,
Kerana aku tak mampu untuk hidup lagi.

Monday, November 09, 2009

This is For You


*Thank You*
BTW, this is like the 3rd time the vid and the audio are not seiring!
i am so so sorry..
nanti cari new webcam recording software!
:)
ps:it is like 2 hours nak upload this vid!
sbb tuu i upload jugak walaupun tak seiring!

Saturday, November 07, 2009

Kau harus Ada-Hujan



Aku suka sangat lagu ini. :)

Friday, November 06, 2009

Mereka aku Sayang!

Ok, aku mengaku aku makin terikat dengan twitter aku.
di sana aku kenal dengan ramai kawan baru..
tetapi mereka dua ini, dah jadi satu drugs untuk aku.

ini Alef
Si Kertas ku
dia suka SCM dan kuat Merajuk.
:)


ini Zatil
Yuna ku
dia pula sangat suka Hujan!
*sama la aku pun*


aku di beri nickname DD..
apa itu DD?
entah, Zatil cakap DingDong,
Alef cakap Dear Dahlia.
haha!!
aku sayang mereka walaupun tak pernah jumpa.
*oww jumpa Alef hanya 5 minit je.*

aku harap mereka sentiasa happy dengan menjadi diri sendiri
tak akan ada apa apa boleh pisah kan kita dari jadi teman twitter yg gila!!
penuh page twitter sebab kita bertiga! hahaha!!
:)

Maafkan aku

base on the tittle..
i am really sorry..
dari hujung rambut sampai ke hujung kaki..
aku tak dapat berkata apa-apa.
hanya mampu aku ucapkan adalah, maafkan aku..
*aku betul-betul rasa aku salah dan dia? patut dapat yang terbaik..*

Thursday, November 05, 2009

Aku seorang Perempuan

*gambar dia atas hanya rekaan semata-mata*

Aku Dahlia Bt Mazelan..
Aku 18 tahun
Leo Zodiac Aku..
Aku Tegas Orangnya.
Tetapi Lembut Hatinya.
Aku mungkin nampak sombong,tetapi aku peramah sebenarnya.
Aku mungkin nampak Ceria,tetapi ada masanya aku tak mahu berbicara
Aku bukan orang yang suka sibuk dengan hal orang lain.
Aku juga bukan orang yang suka marah-marah dan maki oarng tak tentu hala..
Aku sangat marah apabila orang tak faham aku.
Aku marah apabila orang sibuk tentang hal peribadi aku..
Aku sayang sangat-sangat keluarga aku dan kawan-kawan aku..
Aku kuat makan.
Aku suka Teh Ais.
aku aku aku!
*aku xtahu nak tulis apa*

Monday, November 02, 2009

*no title*

*nothing to write*

Sunday, November 01, 2009

Facts about Dahlia Mazelan

dalam Twitter, dah ada 10facts about Dahlia..just to get more closer to me..you guys should know this..
Facts About Dahlia:

1#She love to drinks Teh ais and Nescafe to0 much!

2#She loves Cats! (bukan manusia ok)

3#if she likes somebody, she won't look at that person many2 times!

4# Mempunyai mata yang Juling air! :)

5# Ada dua bontot! (satu lagi ialah Dagunya)

6# Don't drink any type of milk at all..(AT ALL)

7# Like Neon Colors so much!!

8# Love the ocean so much! but she can't swim!

9# she love the sound of the guitar.if someone can sing while playing a guitar!
she will be falling in love..true story!

10# takut akan guruh dan petir.(takut bukan main-main.)

More to come! :)

Friday, October 30, 2009

kalau aku mati hidup kembali

sesetengah benda yang kita buat kadang-kadang kita rasa macam nak patah balik..
harap kita tak lakukan benda yang kita lakukan itu..
kalau lah kita boleh buat sedemikian..
lebih bahagia hidup ini..lebih tenang hati ini..lebih senang jalani kehidupan ini..
banyak benda yang aku mahu ubah..
dia,kamu,mereka..
aku mahu ubah..
aku hanya manusia..
buat salah tak terkira..
engkau pun sama..
manusia juga..

kalau aku boleh ubah? aku akan ubah diri aku menjadi seorang yang hatinya keras..
kalau aku boleh ubah, aku nak jadi seorang yang kuat berusaha...
kalau aku boleh ubah..kau akan aku buang jauh dari mata..
kalau aku boleh ubah..aku tak kan senang memparcayai seseorang..
kalau aku boleh ubah..aku tak akan sakitkan hati orang aku sayang..
kalau aku boleh ubah..aku mesti buat yang terbaik dalam hidup aku..
tetapi sesuatu aku tak akan ubah selamanya..

aku tak akan ubah..nama aku.Dahlia Binti Mazelan
aku tak akan ubah..rasa bahagia aku bersama Taufik
aku tak akan ubah..rasa bahagia aku bersama kawan-kawan.
aku tak akan ubah..mereka yang selalu ada dalam darah aku.
aku tak kan ubah keluarga aku yang satu..
aku juga tak akan ubah pendirian aku sebagai Dahlia Mazelan..
mereka benci aku?
apa aku kisah..
aku? tetap Dahlia..
dan engkau? tolong sedar diri engkau..sebelum semuanya terlambat
dan ramai membenci..
ps: bagi sesiapa yang membaca,aku hendak beritahu aku sayang semua.
pss:kalau ada yang terasa,baguslah..ubah diri anda..

Tuesday, October 27, 2009

Thursday, October 22, 2009

mereka? aku suka..

dia?
Mohammad Noh
Idola aku sepanjang masa
*aku rasa bagai mahu pitam melihat beliau*



dia?
Bo,Amir Iqram.
aku jatuh cinta dengan suaranya dan lagu-lagunya..
Rambutnya? aku suka! :)

Wednesday, October 21, 2009

Through My Window

*Through My Window, Singer*
Yes it is Sam-Bunkface

Benda ini bukan saja heboh di Twitter saja..but Paper the star,TV3,8quickie..now i dah tahu kebenarannya! and the song really cute n catchy! :) love it!

Monday, October 19, 2009

Hujan MK tour

i
i went to Hard Rock Cafe Penang, just to watch my favorite Band perform.as all of you out there already know,HUJAN!
but when i got there, the cafe was full with humans! haha
fans of hujan..
jumpa Ashraf Latif,Alef,and Elmi, oww!! jmpa Noh jugak..and Ag..but,
tak tegur la..speechless! haha
dah x ley masuk apa lg?
jalan-jalan with Sue,Khairul and Fyzal..
masuk jejak hotel dia..
really nice! ada The Beatles nya statue.
oww.pijak pasir..wahh rindu nya!!
balik dengan perasaan hampa..
kerana tak dapat tengok Hujan..
apa2 pun..
i love Hujan babeh!
:)

Saturday, October 17, 2009

cloudy with a chance of meatballs


it is a very GROOL movie!! (Great+cool)
can i watch it one more time..
this time with 3D!!
there are no 3d at Jucso Perda
too bad! but still i went home with a great smile!
i'll bet the book are so much better!
:)

Friday, October 16, 2009

Interview UiTM Masscom

17.10.2009-Sabtu-Deepavali

pada hari tersebut, lia kena hadir ke satu interview Masscom.
wish me all the best k? i need to study hard..and i need to improve my communication skills..
goshh..give me a break..well i really hope i get through this easily..
i've been thinking to cut my hair again before the interview but..well its to late i guess..maybe after the interview..do wish me luck ok? i need it! :)
oww..this is a very short post! till next time! good bye!

Tuesday, October 13, 2009

Terima kasih 10.10.09-Goggle Fest



Semalam merupakan hari yang amat tidak dapat dilupakan,band-band yang datang perform amat la best!! terbaik!
band seperti LC,the last son,bunkface,incarnation,grey sky morning,coca D monday,plague of Happiness, and so much more..
telah berjaya hidupkan crowds
gig bermula dari pukul 2p.m dan berakhir pada pukul 11.30pm.
pada pukul 7pm hingga 8pm gig dihentikan sementara kena maghrib, dan ada lagi 5 bands belum perform..
kami(Dahlia,Nadia,Nana,Tika dan Beyla) naik limo seperti biasa,dari seberang ke pulau dan dari jetty ke tapak pesta, kami naik limo jugak..:)
di sana kami berjumpa dengan a few friends yang lama tak jumpa..
iaitu Aiza,Shazzey,Rafik,Man,Azim..dan kwn2 yang tak pernah jumpa..seperti Wan,Adam Luba..tak lupa Ezy.
ada jugak crew-crew yang sangat baik sebab pandai jaga crowd,
at first, ramai yang agak tidak ada semangat,hanya berdiri dan menikmati lagu..
tetapi setelah 2-3 band perform, keadaan berubah..
moshing bermula..kami mosh apabila lagu rancak bermula..selepas itu,geng-geng azim datang..mereka telah hidupkan suasana..
macam-macam kami buat di sana..seperti org gila jugak..:)
paling tak boley lupa ialah semasa coca D monday perform,
kami buat train beramai-ramai,dan dari belakang kami lari ke depan stage dan patah kembali ke belakang.
dan kami mosh beramai-ramai semasa *tah la sapa perform* kami agak ramai dan ramai jugak join kami selepas itu..
Peluh? jangan cerita! bju x basah sgt,tapi rambut? haha..mcm mandi..semua tanya aku,mandi ke? nak towel? haha..
pada mulanya aku dan nana ingat nak balik awal, sebab limo myb xdak nanti,kawan-kawan yang lain kereta dah penuh..
selepas break selama satu jam itu, Nana,Nadi,Tika dan Lia berada di tengah,depan stage..dekat dengan palang tuu..
ye la xnmpk apa dari belakang..so kami p depan..nasib baik crew-crew rajin mengawal..dan sporting la..
we sing along lagu bunkface,grey sky morning dan time incarnation bagi stiker, i dapat!! hehe..
thanks untuk one of the crew(tak ingat nama but his cute) and he said he nak add me kat twitter..haha.
ow..cerita pasai balik..A big HUGE Thanks Kat Adam! dia sanggup hantar kami balik seberang..
muka memang tak malu la weyy..dah la 1st time jumpa..then boleh mintak hantakan..
Thanks a lot Adam! go go Tiara! ehh..Adam ke Camelia? haha:)

akhir kata,thanks semua sebab buat kan Lia senyum lagi! :) 10.10.09 merupakan satu lagi sejarah dibuat kerana hari itu macam reunion buat Lia.
jumpa hampir kesemua kawan-kawan..kecuali Mirrul yang xjadi datang kerana hal-hal tertentu(geng xdatang)..its ok..jumpa di lain hari


Wednesday, October 07, 2009

nico digi~



sorry picture x bnyk..bateri low..duhh!

Tuesday, October 06, 2009

Adik-Beradik

Suraya and Dahlia
:)
*this picture was taken few months ago,at Morey Kampung..

Tuesday, September 29, 2009

need help!!




golden half or nico-digi?
mana 1?? help me!!!!

Monday, September 28, 2009

Raya

Raya sudah seminggu berlalu..

Raya di Taiping,Perak dan Kuala Lumpur tahun ini..pada mulanya aku tak mahu ke KL..tah mengapa..mungkin kerana aku tahu raya tahun ini akan sunyi..atau mungkin aku sudah plan dengan rakan-rakan di Penang membuatkan aku malas untuk ke KL..


Hari pertama Raya..

bertolak ke Taiping,Perak selepas sembahyang raya..highway tak seperti hari-hari lain..tak banyak kereta..radio memainkan lagu-lagu raya.
alangkah seronoknya di dalam kereta..kami sekeluarga berpakaian baju melayu dan baju kurung..sebelum bertolak kami sempat juga kami beraya dengan jiran-jiran..
selama sejam perjalanan,kami tiba di kampung..saudara-mara ramai ada..
kami bersembang lama bersama..makan dikampung memeng best..kuih raya banyak..pilih je nak yang mana..
kami beraya dengan kawan-kawan aunty kat Taiping..suasana raya di Taiping amat berbeza..
dan tahun ini,Farid dah Nana bermalam sekali di kampung..dah lama kami tak bermesra begini..
Farhan kerja di hari raya..lamanya xjumpa dia..rindu taw x?Malam tuu aku tdo atas sofa..yg single sofa tuu..wahh! pagi tuu memang kebas ye kaki2..:)

Hari Kedua Raya

bertolak ke KL agak lewat..dalam kul 1 mcm tuu..lepas makan tengahari, asu masak mee kari..woahh!!:) sedap nya!! so on the way ke KL..xde halangan..tp papa mcm penat..
sampai JJ kat ampang AU2..uncle La n aunty Linda pick us up..off to Putera Heights..betoi apa aku eja nih? whatever..haha..smpai pun dah agak lewat..sleep tros...

Hari Ketiga Raya,

Its a karoke day!! sampai ke Malam..well the familys datang then Uncle Amir thinks that we need mic for karoke..then they(papa,Uncle Amir and Uncle La) off to...i dun really know where..den get back home with 2 mics! haha..apa lg..settings the stereo smua..den lets boogie!
hehe..well everyone sings..sue je x..well dia ckp dia malu..to0 bad..her voice kinda ok..well x nak show dekat Family..but kalo kat umah..siap style2 lg oww..hehe..oww..the most shocking part! aku nyanyi gak! hehe..cindai! i know! WTH kan! smua salah aku la..time org nyanyi kau gatai g ikot2 nyanyi sama..hehe.Aunty Linda laa..dia ckp hye!! Dahlia pandai nyanyi sedap suara dia..meh mic!! hahaha..dem!
*sorry im in a hurry so tulis mcm xkan tulis :)

senang cerita,Raya 2009 was ok! siyes! i love it! but Grampa,i miss him..sumpah! bila kat umah Uncle Lee,tgk bilik grampa,sofa yg dia selalu duduk..ermm..ok dah laa..
till soon! bubye!!

Sunday, September 20, 2009

19/09/09 and 20/09/2009

wow! amazing!
kalau cina sure ambik 4D!!
hahaaha..

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Dan Maaf Zahir dan Batin~~

Tahun ini,aku rasa sunyi..raya di Taiping,Perak dan Kuala Lumpur..segala rancangan aku untuk bersama rakan-rakan dan kekasih untuk raya bersama di Pulau Pinang tergendala segalanya..
Disebabkan aku? Ramai yang cakap semangat Raya kurang..Maafkan aku..bukan kehendak aku..

Tahun ini juga merupakan Raya kedua kalinya, Grampa aku tiada..aku rindu dia..setiap kali aku terkenang raya tanpanya..mata aku belinangan..semalam sebelum aku tidur..aku nangis..sebak..grampa tiada,kami seolah tiada pemimpin..tiada yang lead kami..grampa? aku sayang kau,aku rindu kau? ye dia juga tak pernah berkira..kalau duit raya? banyak yang diberi..tahun ini akan ku lihat papa ku memakai baju melayu grampa..makin sebak la nanti.

Tahun ini,aku rasa aku banyak buat salah..aku ingin memohon maaf terutama papa dan ibu..maafkan anak mu ini..halal kan lah makan dan minum aku ya? kakak aku Suraya, maafkan aku,aku selalu sakitkan hati mu..aku tahu kau banyak bersabar dengan aku..adik ku Iskandar,kak lia mintak maaf ya? selama ini kak lia buat tak tahu saja dekat Is,pukul Is..maafkan Kak lia ya?

Tahun ini,Aku sering sakitkan hati kekasih,Taufik? Maafkan sayang ya? sayang tahu sayang sudah lain sekarang..tetapi b tetap sabar dengan sayang..maafkan sayang..i love u..:)

Nadia,Aiza,Rafik,Man,Duda,Jebart,Nafis,Mayo,Apex,Mirrul,Elmi ,Fareez,Afiq,Kown,Amie,Sakti,Bobby,Kamal,Lea Jamal,Ulii,dan semua yang follow blog ini..Selamat Hari Raya..terima kasih atas segalanya..
Harap-harap dapat lah kita jumpa dan lepaskan rindu ini! :)

*Taufik,Nadia,Aiza,Rafik,Man? kita dah janji kan? aku sayang hampa!!
:)

Wednesday, September 16, 2009

TRUE!!!

true,true,true..
:)

Tuesday, September 15, 2009

i love u

-Travis Barker-
a junkie
a drummer
lots and lots of tattoos
a really cool dad
look at him
*my heart melt everytime*

to: STALKER

*this is so like u!*
dia nie suka tengok blog org..den dia kutuk2..aku mcm WTF..
get a life..jgn la kau sebok..dah la bookmark blog org..den kutuk..
aku taw dia syok kat aku!
hahaha..gila! bodoh!
dah la..lain la dia ada blog..nih xde..den dok kutuk blog org..

crazy!

Monday, September 14, 2009

still finding myself


some people they already know who they want to be..
well not me..
im still so blurr with my whole life..who i want to be?
what are my ambitions?
where i want to work?
how i want to make sure im going to love what i am in the future..
will i be someone i am going to love..
all i know..
i really open minded person,i love photography,i love music,i love poems,i love pictures.i love to blog,i love to tell stories,i also love to sing,i enjoyed myself reading sometimes depends to the book or what im reading..
now,this is going to be a fun ride.
im going to find who am i..
the real Dahlia inside..
:)

---------------------------------------------------------------------------------

i may look like a 'don't care,don't mind' kinda person..but i am acctually..
i also hate people who always 'judge a book bt its cover'..
yeahh i think people who always trying to be someone else is a total fake!
they are not plastic,but mirrors!
there are a few people who keeps on talking about the other person..you know, like i dont like him/her..she/he so that and this..please just get over it..the other person did..

*sigh

i heart u!

Sean Faris
OMG
:0
make my heart stop everytime he smiles!

Wednesday, September 09, 2009

Terima Kasih Lea Jamal :)


click

Sang Perwira

untuk tengok Lea Jamal's Blog..


Sumpah terharu..nobody ever done this to me..this is like the first!
so Lea? like i promise before..
I love u Lea Jamal!!!
haha
*Dahlia Mazelan suka kalau orang main guitar dan nyanyi untuk dia.. sumpah aku sayang orang tuu selamanya..:) *post aku kat Fcebook..

Thursday, September 03, 2009

Thanks Nadiah Mansor :)


Nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini

1.she is a huge fan of MU..*kan kak nad?

2.ow..selalu cakap dia gemok..but sebenarnya dia very beautiful..and skinny!

3.muka dia macam Alyssa Bernal cikit2..:)

4.blog is her life..haha..dia suka blogging! but, blog dia menarik! siyesly!

5.My senior di SMKDOB..but i x pernah jumpa dia..:)

setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

1.Im getting Fat..

2.Suka dengar lagu kuat-kuat..tetapi suara aku lagi kuat dari lagu tuu..:)

3.Fobia dengan Mic..so? jangan la suruh aku nyanyi/karaoke

4.Im in love with my boyfriend like so much! i love u b!

5.Minat dalam photography,and in love with lomo cameras!!

6.I love mary jane heels..

7.suka pakai vintage tee with skinny jeans..x minat pakai dress..:)

8.Food is everything! i eat almost everything! thats why im getting fat! now only i know! :D

9.I love my name so much! its rare! Dahlia..aww..makes me smile everyday!

10.i love my family and friends so much! dont you people out there even try to hurt them! this is a warning!

anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya,dan describe tentang mereka

goshh...i pick sapa2 je la..not really wanna tag sapa2..:)

Sunday, August 30, 2009

Malaysia tanah air ku tercinta



Merdeka!! Merdeka! Merdeka!!

ini lah yang kita akan dengar setiap kali jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam,pada 31ogos,setiap tahun

apa itu merdeka? walaupun tahun ini merupakakan kali ke-52 kita merdeka,tetapi semangat kemerdekaan tiada dalam diri remaja sekarang..
apa yang aku nampak,mereka hanya menunggu detik 12 untuk countdown dan bunga api dan dihiburkan dengan konsert..
itukah namanya merdeka?
apa yang aku nampak? tahun ini,tiada bendera kemegahan kita di kibarkan dijalan-jalan,mahu pun rumah-rumah..tidak seperti dahulu..salah siapa? kita sebagai rakyat atau pemimpin kita?
semuanya salah kerana gagal memupuk semangat partiotik..
mungkin, anak-anak muda sekarang lupa tentang maksud sebenar kemerdekaan?
merdeka? bebas..ye..seperti kita yang sudah lepas peperiksaan,menjerit merdeka! sepatutnya itu la yang kita patut rasakan..suatu kepuasaan..
*aku membebel*

tetapi,aku buat lisan Bm aku form 4 tajuk ini lah..;) dan aku mendapat kepujian dari cikgu BM aku! lebih kurang mcm ini la aku cakap kat depan kelas..ada yang tanya aku? mana aku dapat artikal ni? aku heran..aku cakap aku buat sendiri laa..tetapi dia seolah-olah tidak percaya..
aku kan masuk debat sekolah..walaupun aku masuk untuk BI aku masih terer ok untuk berbahasa BM! semua ingat aku hanya pengawas sekolah yang tak berdispiln..
haha..memang aku mengaku,aku bukan lah baik sangat time sekolah..
*aku membebel lagi*

pada mula nya aku ingat nak post kan video,nak membebel pasai merdeka.tetapi plan x jd sebab aku rasa aku lebih selesa menulis..
aku inginkan rakyat malaysia yang bersemangat...aku lihat hanya segelintir dari rakyat Malaysia yang bersemangat dan memahami apa itu merdeka..
kan bagus kalau kita semua menyambut merdeka dengan penuh rasa tanggungjawab,kesedaran,sedih,terharu...

maaf tiada gambar aku memegang bendera Malaysia,kerana bendera itu terlalu besar dari tuan puna badan..:) yang untuk kereta..aku tak berani ambil dari kereta! hehehe!!
---------------------------------------------------------------------------------

dimata Dunia,Malaysia adalah??

"arr..Mahathir",-Rerired Russian opera singer.

"that's the one with the towers right?"- German punk rock band drummer.

"We visited Mah-lah-kah.You Know,the fort that the Portuguese built?"-Retired Portuguese hotelier.

"when I frist heard of Malaysia,I imagined the people to be dark-skinned-not black-pettie,religious and always in long,loose clothes."-German retiree
----------------------------------------------------------------------------------
I hope for Malaysian to have more voice heard, and respected..and malaysian would not have the racist problem in future..the theme '1 Malaysia' really great..next time if people asking me.."what race are you?" i would say "im Malaysian"..there's no need to tell that you are malays,indians,chinese,or others in a race kinda form..
like..please? we are all the same..*rambut sama hitam*
:)

i love this year Theme..1 MALAYSIA!!
Happy Independence Day!

Wednesday, August 26, 2009

more and more







mereka la yang aku rindu! sentiasa!
dalam hati aku,mereka teratas!

Monday, August 24, 2009

polaroids :)








i miss u old times..


Friday, August 21, 2009

selamat berpuasa! ;)

zip mulut anda sehingga time berbuka ya?
;)
selamat berpuasa!

Thursday, August 20, 2009

misheard lyric?

Black Eyed Peas - I Gotta Feeling

"Lets Do it, Lets Do it
Lets Do it Lets Do it
And do it, and do it (lets live it up..)
And do it, and do it
And do it do it do it
Let's do it, lets do it
Let's do it "

*apa yang aku dengar*
Less DUIT,Less DUIT
Less DUIT,Less DUIT
And DUIT,and DUIT(lets live it up..)
And DUIT,and DUIT
And DUIT,and DUIT
Less DUIT!
("^.^)
Money is everything huh?
i think i should get a real job..

Wednesday, August 19, 2009

Malam ini~

songs for tonight~

T.N.T-The Rolling Stones(3.35)

Best I Ever Had-Drake(4.18)

Knock You Down-Keri Hillson,Kanye West,Ne-Yo(5.50)

Chasing Pavements-Adele(3.34)

Melt My Heart To Stones-Adele(3.01)

Kiss Me-Sixpence None The Richer(3.19)

Black And Gold-Adele(3.10)

Shitty Day-Soko(2.31)

Live Forever-Oasis(4.34)

Plane-Jason Mraz(7.24)

Satisfaction-The Rolling Stones(3.46)

Hatin'On The Club-Rihanna(4.14)

Never Woulda-Alyssa Benral(3.29)

Hush Hush-Pussycatdolls(3.52)

Hotel Room Service-Pitbull(3.58)

Mama Do-Pixie Lott(3.12)

nothing to write,just listen..;)
good night

Friday, August 14, 2009

Kembali!

selama 3 hari dan 3 malam aku hanya mampu untuk bangun dari katil dah makan ubat..ya aku demam,batok..selsema aku pula kejap ada kejap hilang..dia main-main dengan aku.
ubat memberi kesan yang teruk kepada ku...aku tidak boleh bangun dan membuat aktiviti harian seperti biasa..
aku hanya mampu baring dan baring sahaja..aku rasa kan aku tak berguna lagi..akhirnya aku dibawa ke hospital.papa aku yang membawaku..
ye dia risaw kerana H1N1 semakin seruis..
doktor mengesahkan aku hnya demam biasa..alhamdulillah..demam aku pun sudah kurang..aku boleh bangun..aku high dengan meds..aku rasa terapung sahaja..mungkin ubat batok itu..atau aku yang ambilnya terlalu bnyk..overdose kata mereka..aku terpaksa kerana tidak tahan dengan batok yang semakin teruk..ya aku makin sihat terima kasih ubat-ubat yang terlalu bnyk! setiap kali aku bangun dari tidur untuk makan ubat, dan aku tidur balik kerana ubat itu..
aku semakin boring.tetapi kau tidak boleh bangun..kerana aku pening untuk berjalan..makan? aku tak sentuh pun..aku makan ubat tanpa makan apa-apa terlebih dahulu..ramai yang bising..tetapi aku hanya nmpk ubat dan segelas air dihadapan aku..itu lah yang aku capai..seksanya..sudah lama aku tidak sakit begini..aku sudah serik..harap aku tidak sakit lagi..ya Allah tolong kuat kan semangat aku..sudah lama aku tidak update blog aku..aku sibuk,demam,tidak ada masa..
terlalu dengan kerja di restorant dan wimax..aku tiada masa untuk pandang blog aku lagi..apa-apa pun aku rindu blog aku..muahh! *untuk blog aku yeahh!*


cukuplah tentang sakit aku nih..


aku ingin memberi tahu sesuatu, aku rasa takut. baru-baru ini aku selalu bermimpi..bukan mimpi kosong..mimpi yang bahagia segalanya..aku mimpi tentang 'Ghost'..anda tahu apa itu? sudah 2 hari berturut-turut..adakah hanya mimpi atau...aku tak tahu..aku hanya takut..dah la aku demam..mimpi begitu pula..aku tak boleh terimanya..walauapa pun aku hanya anggapnya sebagai mimpi yang patut dilupakan..
aku juga banyak kali mimpi aku patah gigi..kata orang yang lebih pengalaman,mimpi patah gigi membawa maksud yang buruk..aku pelik..aku mimpi aku patah smua gigi aku dan aku gigit kembali gigi itu untuk lekatkannya kembali..sampaikan berdarah-darah..Ya Allah..apakah mimpi-mimpi itu? aku taktu..tetapi kau kuat kan semamgat aku..harap tiada apa-apa..aku bangun basuh muka dan kembali tidur kerana ubat itu membuatkan aku mengantuk..mimpi itu tidak muncul hanya semasa aku memgambil ubat tetapi, sebelum aku demam jugak aku mimpi aku patah gigi segala..
aku semakin takut apabila memikirkannya..aku hanya akan kuatkan semangat dah terus berdoa agar ia hanya mimpi,dan kekal sebgai mimpi..
:)

Friday, August 07, 2009

Just another lonely night

*lagu di telinga-wonderwall-oasis*
I always think about stuff..like a lot of stuff.like when im going to study..will i get it? can i make it? can i do this? do that? hmm..life is getting hard..and im getting weak..well my family always bz with work..and sometimes i need them but i dont get what i want..

ok..this is not why im blogging tonight..im kinda sad since my dad is leaving the house, for Langkawi..gosh the house gonna be so..i dont know..gloomy? sad? boring? gosh, im gonna miss him badly..i love u papa..do come back with some chocolates please? And have fun papa..im gonna take care mom,lil bro and sis..as you ask me to..i love u!! ;(
i dont know why im getting every emotional..hmm..well tomorrow we will get up early,wave bye2 to him..goshh!! miss u already! *papa still in his room, infront of his computer

im getting fat..did i told you guys yet? now im not eating any rice,no more nasi kandar la weyy..damn! im gonna miss that too.yeahh..time raya i wanna look extra skinny..hope i can!

ehh? i wanna tell something..i had a friend name Jbart..HAD! well everything end up badly..im miss him..since he really understand me..and we had fun..im gonna miss him..but i know he will have a happy life without me..take care jbart :-&

since Taufik also away from me..im getting all emotional everyday..i miss u la..please come home like penang la not my home! haha..i just cant stand to face the world without you..yeah i even had some fight with my lil brother..but i always end up crying..he pukul me ok! damn! i wish i can done the same..but as a sister,big 1 to0! i cant..i really love my lil bro but he really annoyed me! haha! please dont ever u kick me again or else! *making the The Rock signature!

well, i dont know why i miss Nadia,Aiza,Man,Rafik..and others for no reason..when im with them i really enjoyed it! like the feeling save,happy its there..;) i need a hug i think!

At first i thought of asking a friend of mine so hang out sometimes since his around but i can see that he is buzy..with him new life..and i dont wanna be rude to ask him to hang uot since he is buzy right? but i wanted to meet him..;( sad kes again!

everything fall apart now..i need a glue! maybe the 3 second glue might work huh?

happy birthday to chai,6.08.91..well all 18 now huh? gud luck in life yeahh!

im getting my hair cut again..if you wanna know,everytimes i get all emo..i cut my hair..;)

im also a freak! teh ais freak! music freak! now? guitar geek freak!! guitar hero nya ps2 cd rosak! damn! ada rock band..but i suka guitar hero more! goshh!! and ada guitar controller! so ada feel! haha..my lil bro punya..so x ley nak buat the guitar spinning stuff!! nnt rosak..i xde duit maw ganti..;(

and Man ajak p Qb..so hope jadi coz i cant stand life right now..so full of hate! yeahh! thats the word! hate!

ps:i really dont know what i typing..so,please do not read! TQ..
ps:the warning is wayy below..so basicly i want you to read and get all....wat felling huh? see im so blurr again!

;(

Wednesday, August 05, 2009

Random Question

1.apakah nama anda?
-Dahlia Binti Mazelan

2.Apa warna kegemaran anda?
-Jangan tanya soalan ini..aku suka semua warna..dan aku suka tukar-tukar warna kegemaran..tetapi putih tetap dihati.

3.Siapakah yang anda perlu apabila dalam kesedihan?
-aku rasa Nadia,kerana dia amat memahami aku..begitu juga kakak aku,Suraya.

4.Siapakah yang anda paling sayang dalam hidup anda,berikan 10 nama dan siap mereka.
-Mazelan-papa aku
-Rozita-ibu aku
-Suraya-kakak aku
-Iskandar-adik aku
-Nadia
-Aiza-kwn aku jugak
-Rafik-kwn aku


5.Apakah yang anda cari dalam lelaki?
-woahh!! soalan apa ini! ok kalau nak tahu aku suka chad michael murray .dia la yang aku nak! hehe!!

6.Apa yang wajib ada dalam beg anda semasa keluar rumah?
-handphone yang sudah hampir mampus aku
-marker pen
-lip balm
-Beg duit aku

7.Apa yang anda selalu impikan?
-baring di pantai melihat bintang,mendengar ombak laut dan angin meniup rambut..;)

8.Apakah lagu kegemaran anda?
-setakat ini aku suka smua lagu..bagi je aku lagu apa-apa..but rolling stones tetap dalam telinga aku.

9.Siapakah idola anda?
-bagi aku mary kate and ashley olsen,untuk style mereka,Fynn Jamal untuk cara dia berkata-kata,Hayley,paramore sebab warna rambutnya yang co0l! Zee Avi untuk cara dia main guitar.(perempuan semuanya)if lelaki, aku rasa aku suka Aj Rafael,sbb suara dia sempoi and Passion pun idola aku..kalo from malaysia,myb.....AG hujan..sbb aku rasa dia amat berpontensi menjadi seoarng artis yang berjaya! ;)

10.Apakah lagu yang anda dengar sekarang?

-rolling stones-satisfaction

11.Dalam banyak-banyak number,yang mana menjadi pilihan hati?

number 4!! tah la kenapa.

12.Sapa orang last yang anda berbual?

Nadia..baru ja on the fon td..hehe!! miss her!!

13.Apa benda yang ramai tak tahu pasai anda?

-mata aku juling air..aku suka tgk org lama2..aku kalo suka org tuu aku x pandang dia..;)

14.Apa yang anda tak bagi tahu tentang diri kau lg?

-oww yeahh..ini..

ada org bagi aku hadiah hari lahir..dia bagi jam sama aku! yeahh! nnt aku tunjuk jam nya!
15.Dalam banyak-banyak date,kau suka yang mana?
-aku suka kalau g makan or lepak mamak sudah,tgk muvy ke..aku x suka la p tmpt mkn yg mahal2..aku bkn mcm tuu..hehe.
16.Apa yang anda suka sebut?
-aku suka sebut ayam! tah la weyy!! dan terimakasih..;)
DAH la kot! nnt aku sambung lg! heheh!! penat!

Cupid-me love!

there is a tv series called CUPID every Tuesday on 8TV.
gosh..
the story really melt me down..
like melt-melt!!
This gonna be my addicition!
the love story are awsome!
dose that kinda love is real?
like i love u for who you are..no matter wt are u..
wat u wear..how u eat!
siyesly!
the love story in this cupid tv series really make me cry!
haha..
i think im getting more and more in love with tv la!
*jd balik miss TV!
gudbye internet, heloo TV!!

Monday, August 03, 2009

terbuang!

oppss! i terbuang my jason mraz song!
but its ok..
kinda sakit telinga dengar ulang-ulang kan?
;)

Friday, July 31, 2009

finally it's official!

:)
*senyum senget
all i can say is that im 18 now!!
baru cukup umur.
haha..woahh!!
getting old here
now i must be more responsible!
since i dah cukup umur..
now dah boleh cakap kat papa mcm nih..
"papa, im already 18 kenapa u still treat me mcm little girl!"
hahah!
in dreams nak ckp mcm tuu!!

birthday girl!

ps:do i look like 18?

Tuesday, July 28, 2009

nothing i can say anymore

;(
(T.T)
*why we always argue

Saturday, July 25, 2009

Twitter me?

haha..cakap tak supa bikin..
ye aku lemah..
adoy..
btw..Dahlia Mazelan buat twitter..
cakap nak buang MS la FS la..
smua xjd..
adoyy
wat happen?
so guys and girls!!
follow me huh!!

Thursday, July 23, 2009

aku mahu buang

Hari-hari aku tak lagi seperti dulu
aku makin bosan dan rimas
aku mahu buang myspae aku dan friendster aku
facebook dah kena hack
aku ada blog nih je laa.
tempat aku luahkan segala
tetapi..
aku masih rasa kosong
kekasih dengan hal dia..aku tak mahu lagi bercakap,aku harap kau bahagia..
kawan? entah ke mana,sibuk agaknya..aku tak kenal mereka lagi
rakan? juga sudah senyap semua..mungkin sudah lupa sama aku
bagi yang cuba menghubungi aku..maaf hp aku ditutup sebentar untuk tenangkan fikiran
tolong jangan lagi hubungi aku jikalau anda rasa anda akan menyakiti aku
sudah la..
aku sudah tak larat
kamu anggap aku hanya teman berbual disaat kau tiada sesiapa
habis aku?
aku nih apa?
dah la..
sekarang aku mahu minum nescafe! tiada sapa dapat menghalangnya!
akhirnya aku bebas!
terimakasih lagi sekali bagi semua
terutama sekali engkau!

};(
*setan

Monday, July 20, 2009

Im a geek!






look at me!
im a GEEK!!
(-0.0-)
ps:hahaha!

shopping!!

* us in the fitting room!
hahaha!!
:)

Saturday, July 18, 2009

im sick!

damn!
sick!
muntah!
pening!
migrain!
moody!
penat!
help me!
*ps:i need u!
:(

Wednesday, July 15, 2009

1st VBlog!

LMAO

OMG! vid n sound x serentak! damn u!!

ps:im just trying to post a vid!

pss:plzz no harsh comment!

:)

Monday, July 13, 2009

Lama dan Baru!

Setelah lama berfikir..dan mendapat pendapat dari segelintir pihak..
lia potong rambut lia..
ye
ramai cakap jangan!
tetapi hati kecik ini inginkan jua.
dan hasilnya...
perbezaan yang lama dan baru..
.LAMA.


.BARU.
*seperti icon hijau dalam YM

wallahh!!
tak bnyk la perubahan..
just layer it up and potong kat dpn tuu
hahaha..nice x?