Sunday, May 23, 2010

Pecah kaca, Pecah gelas?

kejadian pelik berlaku pada petang sabtu 22hb may 2010
*situasi*
di kedai makan SUGAQ
-
Tempat Basuh Pinggan Mangkuk tak lupa gelas,piring dan sudu garfu.
Melibatkan beberapa pekedai di SUGAQ dan sekitar SUGAQ

Ibu: Dahlia? nanti tolong basuh gelas-gelas nih, ibu dah sabun, Dahlia bilas ja.
Aku: OK.*segera bangun dari tempat duduk (tangga), dan ke sink untuk buat keja*
telinga aku ada earphone, tapi tangan begerak laju membilas gelas-gelas

semasa ingin letak satu gelas yg dah bilas di rak,
*BOOM*
*maaf aku tak tahu nak eja bunyi pecah gelas mcm mana*

tak, bukan jatuh.gelas itu masih aku pegang. ada lagi kat tangan aku.
yang pelik nya tiba-tiba gelas tu meletup, pecah, berkecai seperti ais pecah.
Hancur!
aku terkejut, muka aku jangan cakap la.
mcm ni>> :O
sumpah aku terkejut,keliru.
tangan aku penuh kaca, nasib tak luka.
aku masih dalam state of shocked, ibu lari ke arah aku dengan muka hairan
begitu juga adik Simon,
*sorry i dont know your name*

Ibu: What happen?!
Aku: i dont know, the gelas tiba-tiba meletup!
Adik Simon: haaa..itu sebab ar, gelas itu sejuk,
u letak sini dia jadi tiba-tiba panas maa.
itu pasai la dia meletup.sana pun ada jadi jugak
*tunjuk kedai soya bean bapak dia*


<maaf, Adik Simon ini adalah cina yang jual air soya bean tepi SUGAQ,
tersedap di Malaysia! sumpah tak tipu!>


*sempat promote*

Aku: tapi macam mana?
Muka aku masih mcm ne >>
:O
Ibu: Tangan ada Kaca lagi.
aku cepat-cepat buang kaca itu dalam sink,
tindakan tanpa berfikir yang agak bodoh kerana nanti kaca tu lagi la susah nak buang,
sebab dah campur dengan air.
Adik Simon masih menerang kan bagai mana gelas itu meletup,
kali ini dengan lebih detail, guna hukum fizik
Aku pula dengar tak dengan kerana masih dalam state of shocked
gelas meletup kuat, hancur seperti ada org tembak gelas itu dari jauh.

Tauke Soya Bean: Ayoo, apa lu sebok-sebok sana, sini ada customer.(cakap kat adik Simon)

Adik Simon dengan muka comelnya, senyum-senyum beredar.
Penjual kuih berdekatan juga menceritakan history tentang gelas yang pecah tiba-tiba.
oww, rupanya kejadian tadi itu bukan yang pertama kalinya, dulu pun pernah jadi tetapi gelas itu tak berada di tangan sapa-sapa

Penjual Kuih: tangan Dahlia panas, pegang gelas sejuk, pasai tu la kot.
Ibu: Dahlia? you're too HOT la..
*kemudian ibu gelak-gelak*

Aku: *gelak sama* its not my fault im too HOT.
*terus gelak mcm orang gila*
tangan aku masih mengigil,terkejut, tapi aku pura-pura cool. :)

*ps: SUGAQ adalah nama kedai papa aku :)

*AMARAN: JANGAN PANASKAN GELAS YANG SEJUK,
NANTI MELETUP, KONSEP FIZIK!*


4 comments:

Topet Hidayat said...

i dulu pon pegang pinggan leh pecah... tp i terlepas pegang br pecah arr...

Dahlia said...

Topet: hahaha! tuu cita lain!

SaY_WeLL said...

hot? haha..

Dahlia said...

Zack: haha! hot,sexy,messy, buncit! :P