Tuesday, April 30, 2013

Article Review. Balkanisasi Siber: Gangguan Kepada Semangat 1Malaysia



Di dalam artikel ‘Balkanisasi Siber: Gangguan Kepada Semangat 1 Malaysia’ oleh Dr. Rahmat Ghazali, kita dapat lihat beliau telah memberikan pendapat beliau tentang konsep balkanisasi. Konsep balkanisasi, atau kata akarnya ialah, ‘balkan’ diberikan kepada fenomena kebebasan negara-negara Balkan, conntohnya Yugoslavia, yang membawa impak yang negatif dalam konteks perhubungan antarabangsa. Menurut beliau, ‘balkanisasi siber’ merupakan satu analogi terhadap gejala media yang menyebabkan khalayak terpisah kemudian membentuk kumpulan masing-masing. 

Melalui Internet, khalayak tidak lagi perlu membaca bahan yang tersiar tetapi mempuyai kuasa untuk menerima atau menolak apa-apa bahan yang mereka mahu. Saya setuju dengan pendapat beliau tentang kebebasan ini mempunyai potensi untuk memecahbelahkan rakyat. Falsafah demokrasi boleh tergugat kerana bahan-bahan yang mendukung pemikiran dan falsafah arus perdana seringkali diketepikan malah diganti dengan sentimen kebenciaan kepada kerajaan, kritikan melulu, fitnah, hilangnya profesionalisme kewartawanan, lewah politik serta mengangkat konflik politik sebagai nilai berita utama.



Di Malaysia hari ni, kebebasan media cetak lebih ketara dibandingkan pada zaman Tun Dr. Mahathir. Perubahan yang amat ketara dapat dilihat kira-kira 21 tahun dahulu sebelum kerusi Perdana Menteri diambil alah oleh Dao Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kebanyakkan akhbar politik berada di pasaran tanpa sekatan meskipun undang-undang mengatakan, penjualan akhbar politik tertentu hanya kepada ahli –ahlinya sahaja.




Menurut beliau lagi, kebebasan yang diberikan kepada media baru mengangkat falsafah bahawa kerajaan mengutamakan percambahan maklumat, ilmu dan idea yang boleh membangunkan keupayaan intelek rakyat Malaysia seiring dengan bangsa lain yang sudah maju. Tambahan, hasrat kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hub teknologi komunikasi dan informasi di Asia Tenggara.


Dalam artikel ini, penulis jugak mengatakan yang bahan yang dapat kita temui di dalam Internet adalah lewah.  Contoh yang diberikan di dalam artikel ini adalah, tentang pemain bola sepak Pele. Di mana kita sebagai peminatnya dapat menggunakan Google untuk mendapati cerita tentang kisah Pele dengan teman wanitanya dan bukan itu sahaja apa-apa jenis berita juga dapat kita temui tentang Pele yang tidak dapat kita peroleh di dalam media traditional. Seperti yang saya teliti di dalam artikel tersebut, penulis lebih cenderung untuk mengutarakan isu gejala obsesi yang dirangsangkan oleh Internet kerana ia merupakan saluran yang tiada tapisan dan bersifat peribadi.



Selain itu, pengguna Internet mampu membentuk koloni mereka yang tersendiri dan mengumpulkan individu yang mempunyai citarasa yang sama. Hal ini belaku apabila koloni tersebut ingin menjatuhkan persaing dan hal ini boleh mencetuskan pergaduhan dan konflik melibatkan seluruh masyarakat.

Saya juga bersetuju dengan penulis. Di mana beliau mengatakan balkanisasi menyebabkan segregasi dan keganasan. Dalam kajian ringkas yang dilakukan oleh Dr. Rahmat Ghazali, terdapat banyak cacian dan makian yang terdapat di dalam Internet dengan hanya mencarinya di dalam Google. Bukan itu sahaja, penulis telah memberi contoh iaitu ‘spam’, di mana sesiapa sahaja termasuk remaja yang membukak emailnya yag didatangi oleh ‘spam’ atau iklan yang berunsurkan seks telah dikirimkan kepada alamat emailnya tanpa dipinta. Soalanya sekarang, adakah remaja itu akan menutup ‘spam’ itu atau membukaknya. Hal ini akan mengheret seorang itu kepada gejala seksual dan sifat ingin tahu.

Lebih membimbangkan lagi menurut penulis ialah balkanisasi media ini mampu untuk mensegregasikan individu mengikut minat mereka, kecenderungan menolak kehadiran kelompok lain yang mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Hal ini dapat mebahagikan rakyat kepada kumpulan-kumpulan kecil yang taksub dan terasuk dengan satu bentuk tingkahlaku dan soal perpaduan mungkin tidak lagi relevan bagi kelompok tersebut. Contoh yang diberikan oleh Dr. Rahmat Ghazali ialah Ayah Pin, Al-Arqam, Hindraf, Tabligh, Al-Maunah, Tragedi Memali dan banyak lagi.


Kesimpulannya, menurut Dr. Rahmat Ghazali, demokrasi juga menentang falsafah kebebasan mutlak sedemikian kerana kekebasan itu harus ditunjangi oleh tangjungjawab dan akauntabiliti semua pengguna Internet. Ertinya kebebasan media baru juga haruslah ditunjangi etika kewartawanan. Tambahan, gejala balkanisasi siber ini boleh menjadikan semangat 1Malaysia goyah dan sukar untuk direlisasikan jika gejala ini semakin berleluasa.



2 comments:

Juice said...

wow.. like a lecturer speaking

Dahlia Mazelan said...

hahahaha! i know right!!!